Apakah pengundi India tak seronok Ganesan jadi Speaker?
Saturday, May 2, 2009
INILAH uniknya Umno dan BN. Ketika semua calon India dari BN tewas dalam PRU 12, di peringkat DUN Perak, namun semangat pekongsian kuasa tetap dipertahankan apabila nama Datuk R. Ganesan yang juga bekas ADUN Sungkai dinamakan sebagai bakal Speaker menggantikan V. Sivakumar yang pernah mengadakan persidangan DUN di bawah pokok.
Apakah pengundi-pengundi India di Perak tidak seronok dengan berita ini? Apa lagi yang mereka tidak yakin dengan BN dan Umno? Apakah mereka masih mahu menuntut sesuatu yang tidak layak ditunaikan oleh BN dan Umno?
Kita perlu melihat bahawa ketika tiada seorang pun calon India, sama ada dari PPP atau MIC yang menang dalam PRU 12 di mana-mana kerusi DUN, mereka memang tidak layak untuk dilantik ke sesuatu jawatan yang memerlukan mereka menjadi ADUN.
Laporan berita hari ini (Sabtu 2 Mei 2009), Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan membawa usul perlantikan Ganesan, 57, pada sidang DUN Perak, 7 Mei ini sekali gus melucutkan jawatan Speaker yang disandang oleh V. Sivakumar sekarang.
Sivakumar yang sedang merancang untuk ‘menyukarkan’ persidangan kali ini dengan turut menyifatkan Setiausaha Kerajaan Negeri, sengaja mencampuri tugas Speaker apabila melarang beberapa media daripada membuat liputan persidangan tersebut.
Sebelum ini, Sivakumar telah menggantung Setiausaha Dewan Abdullah Atong Sabri tetapi tidak diketahui sejauh mana pengantungan itu boleh dilaksanakan kerana Speaker sendiri sedang ‘tergantung-gantung’ sekarang ini akan kedudukannya kerana dia tahu ‘hayat jawatannya’ sudah tiada ‘talian hayat lagi’.
Inilah masanya semua pengundi India di Perak sepatutnya mengembalikan semula sokongan mereka kepada BN kerana semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh BN dalam masa senang dan masa susah ini membuktikan ia selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman, Ganesan yang merupakan seorang pegum dan sudah lama dalam MIC kerana pengalamannya diyakini mampu menjadikannya seorang Speaker yang berjaya.
Mengulas lanjut, Hamidah meminta semua pihak khususnya ahli Umno di negeri ini perlu melihat perkara perlantikan Ganesan sebagai sesuatu yang positif dan berpandangan jauh bagi memastikan BN Perak terus utuh.
“Kepada MIC pula, ini merupakan satu pengorbanan besar Umno dan BN. Kita dalam semua keadaan sentiasa mengutamakan konsep berkongsi kuasa dan ia juga bukti jelas kita tidak mengamalkan konsep politik perkauman melampau.
“BN tidak pernah mengkhianati bangsa dan negara. Kita beri peluang kepada semua wakil kaum untuk berada dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sepatutnya perlantikan Ganesandihargai oleh MIC dan juga kaum India di Perak,” katanya.
0 comments:
Post a Comment