DEMOKRASI DAN HAK ASASI

Thursday, May 7, 2009

Dalam usia menjangkau separuh abad, tidak pernah saya terfikir apa yang berlaku di Perak boleh berlaku dalam negara yang saya cintai ini. Rakyat secara aman menyatakan bantahan diheret dan dimasuk kedalam lokap. Speaker DUN yang paling berkuasa dalam dewan yang mulia diheret dengan kasar daripada tempat duduknya.

Sejak dibangku sekolah saya telah diajar apa itu system dan konsep demokrasi. Di Universiti saya dididik menghormati hak asasi manusia. Dalam politik saya diajar untuk akur kepada pungutan suara dan pemilihan dalam parti dan pilihan raya. Hari ini saya telah disedarkan bahawa keyakinan dan kepercayaan saya terhadap konsep demokrasi itu hanyalah pembohongan semata-mata.

Saya kerap menonton berita-berita dari luar negara tentang kehancuran demokrasi di negara-negara Afrika, Amerika Latin dan kekecohan dalam Dewan Parlimen di Taiwan tetapi bila ia benar-benar berlaku dalam negara kita, saya sedih dan hampir menitiskan air mata melihat demokrasi HANCUR didepan mata saya.

Mulai saat ini saya mesti sadar pada diri saya untuk tidak lagi yakin dan percaya bahawa demokrasi dan hak asasi manusia akan dapat dipertahan. Nyawa dan kebebasan saya sebagai manusia dan rakyat tidak ada nilainya kepada golongan yang ingin berpaut kepada kuasa mereka.

Maka mulai saat ini saya sudah bersedia untuk menerima hakikat bahawa pada bila-bila masa kebebasan saya yang dijamin dalam perlembagaan bisa diregut pada bila-bila masa.

Kepada rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyatakan yang hak saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas!

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP